PENGENALAN
Uptown Bazaar Heritage Puchong Permai dibuka pada 1 Julai 2011 oleh Syarikat SMI Management & Service dan dirasmikan oleh Y.M Tengku Hishamuddin Zaizi bin Y.A.M Tengku Azman Alhaj. Diuruskan oleh Syarikat SMI Management & Service Encik Idris bin Loot. Berkonsepkan warisan tempatan, atas tapak MPSJ seluas 1670 meter persegi. Dibuka setiap hari dari jam 5 petang hingga 3 pagi. Terdapat pentas utama dan 150 lot kedai dan 25 lot kedai makan serta kemudahan awam seperti parking dan tandas awam yang percuma. Terdapat pelbagai produk tempatan dan makanan tempatan yang dijual disini. Juga terdapat pelbagai pertunjukan pentas seperti B-boy, karaoke, ceramah agama, persembahan artis dan lain-lain serta sukan rakyat. Servis urut tradisional dan rawatan resdung juga terdapat disini.
Langgan:
Ulasan (Atom)